“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang yang
beriman diri-diri mereka dan harga mereka dengan (bayaran) bagi mereka
syurga, (dengan syarat) mereka berperang pada jalan Allah, mereka
membunuh dan di bunuh…..:) Surah At-Taubah ayat 111.
Kadang-kadang kita berputus harapan, bila Islam tak kunjung menang, namun sejarah telah mengajar kita tentang peristiwa sahabat nabi, Habbab. Habbab adalah sahabat nabi yang begitu terus disiksa, Habbab disiksa dengan dibaringkannya ke dalam bara api sehingga bara api itu padam oleh sebab darah dan lemak-lemak di badan Habbab. Begitu kuat siksaan yang dialami oleh sahabat-sahabat terdahulu.
Kadang-kadang kita berputus harapan, bila Islam tak kunjung menang, namun sejarah telah mengajar kita tentang peristiwa sahabat nabi, Habbab. Habbab adalah sahabat nabi yang begitu terus disiksa, Habbab disiksa dengan dibaringkannya ke dalam bara api sehingga bara api itu padam oleh sebab darah dan lemak-lemak di badan Habbab. Begitu kuat siksaan yang dialami oleh sahabat-sahabat terdahulu.
Satu
hari Habbab dipanggil Rasulullah, "Aku dengar kamu terus disiksa?".
tanya nabi kepada Habbab. "Ya, Ya Rasulullah, aku dibaringkan ke atas
bara api sehingga bara-bara api itu padam karena darah dan
lemak-lemak dari badanku. Selepas itu nabi menyuruh Habbab membuka
bajunya untuk melihat parut-parut di belakang Habbab.
Peristiwa
ini membuatkan nabi menangis setelah melihat parut-parut di belakang
Habbab. Peristiwa yang janggal berlaku kepada nabi. Nabi tidak pernah
menangis bila mendengar sahabat-sahabat disiksa hatta Bilal bin Rabah,
keluarga Amar bin Yasir dan sahabat-sahabat lain yang disiksa, nabi
hanya berpesan, "bersabarlah, sesungguhnya syurga dihadapanmu".
Seorang
sahabat yang paling terus disiksa ini bertemu nabi di suatu hari,
sedang nabi bersantai meletakkan serban dibawah kepala di Masjidil
Haram, tiba-tiba Habbab datang menemuinya, "Ya Rasulullah, engkau masih bersantai sebegini, sedangkan ramai di
antara sahabat-sahabatmu disiksa dalam memperjuangkan agama Allah,
tidakkah engkau mendoakan kepada Allah agar kita diberi kemenangan?
Muka Nabi menjadi merah padam, dan lantas baginda mengatakan kepada Habbab, "Sesungguhnya kamu seorang yang gopoh/tergesa gesa".
Peristiwa
ini menjelaskan bahawa, perjuangan Islam bukan semata-mata untuk
kemenangan, perjuangan Islam adalah suatu tarbiyyah oleh Allah. Allah
mempunyai masa tertentu untuk memenangkan agamanya. Seorang pejuang
agama Allah tidak seharusnya gopoh/tergesa gesa dalam melakukan sesuatu tindakan,
kesabaran amat penting dalam perjuangan.
Melihat
kepada sejarah orang-orang dulu seperti Imam Bukhori yang
begitu tabah berbasikal sejauh berpuluh-puluh kilometer untuk mencari kebenaran hadist atau KH. Ahmad Dahlan dan juga Ust. Rahmat Abdullah yang pulang pergi keluar kota semata-mata
memenuhi tuntutan berceramah, namun hanya beberapa orang saja yang hadir
dalam ceramah tersebut, namun semangat yang ditunjukkan oleh beliau amat
dikagumi oleh kita semua. Jika mau dibandingkan dengan kita, apa
sumbangan kita kepada Jamaah, berapa lama kita berjuang dalam agama
Allah sehingga kita mahu menuntut kemenagan itu dengan jalan ringkas.
Ashsyahid Sheikh Ahmad Yassin pemimpin
Hamas yang telah mati syahid walaupun buta sebelah matanya akibat cedara masa remajanya dan disiksa di dalam penjara sehingga
menyebabkan badannya lumpuh, tangannya tidak bisa menulis dan
kata-katanya sudah tidak kuat, sudah tidak bisa mengeraskan pentas-pentas
pidato/ceramahnya seperti zaman muda tetapi pihak musuh tetap takut dengannya
Pada
malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan
berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudian beliau
menunaikan Solat
Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka
bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik
nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin
melarangnya.
Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, rudal dari apache menghantam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.Saksikanlah jasad syahid Sheikh Ahmad Yassin:
.
“ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.
Beliau telah syahid, bagaimana kita?
Sudah seperti apa pengorbanan kita?
baca lanjut syeikh yasin:
http://destinasimu.blogspot.com/2009/03/as-syahid-sheikh-ahmad-yasinjasadmu.html
http://ibumithali.com/tag/sheikh-ahmad-yasin/
“ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.
Beliau telah syahid, bagaimana kita?
Sudah seperti apa pengorbanan kita?
baca lanjut syeikh yasin:
http://destinasimu.blogspot.com/2009/03/as-syahid-sheikh-ahmad-yasinjasadmu.html
http://ibumithali.com/tag/sheikh-ahmad-yasin/