Senin, 24 September 2012

Istiqomah Dalam Berjuang

“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang yang beriman diri-diri mereka dan harga mereka dengan (bayaran) bagi mereka syurga, (dengan syarat) mereka berperang pada jalan Allah, mereka membunuh dan di bunuh…..:) Surah At-Taubah ayat 111.

Kadang-kadang kita berputus harapan, bila Islam tak kunjung menang, namun sejarah telah mengajar kita tentang peristiwa sahabat nabi, Habbab. Habbab adalah sahabat nabi yang begitu terus disiksa, Habbab disiksa dengan dibaringkannya ke dalam bara api sehingga bara api itu padam oleh sebab darah dan lemak-lemak di badan Habbab. Begitu kuat siksaan yang dialami oleh sahabat-sahabat terdahulu.

Satu hari Habbab dipanggil Rasulullah, "Aku dengar kamu terus disiksa?". tanya nabi kepada Habbab. "Ya, Ya Rasulullah, aku dibaringkan ke atas bara api sehingga bara-bara api itu padam karena darah dan lemak-lemak dari badanku. Selepas itu nabi menyuruh Habbab membuka bajunya untuk melihat parut-parut di belakang Habbab.

Peristiwa ini membuatkan nabi menangis setelah melihat parut-parut di belakang Habbab. Peristiwa yang janggal berlaku kepada nabi. Nabi tidak pernah menangis bila mendengar sahabat-sahabat disiksa hatta Bilal bin Rabah, keluarga Amar bin Yasir dan sahabat-sahabat lain yang disiksa, nabi hanya berpesan, "bersabarlah, sesungguhnya syurga dihadapanmu".

Seorang sahabat yang paling terus disiksa ini bertemu nabi di suatu hari, sedang nabi bersantai meletakkan serban dibawah kepala di Masjidil Haram, tiba-tiba Habbab datang menemuinya, "Ya Rasulullah, engkau masih bersantai sebegini, sedangkan ramai di antara sahabat-sahabatmu disiksa dalam memperjuangkan agama Allah, tidakkah engkau mendoakan kepada Allah agar kita diberi kemenangan?

Muka Nabi menjadi merah padam, dan lantas baginda mengatakan kepada Habbab, "Sesungguhnya kamu seorang yang gopoh/tergesa gesa".

Peristiwa ini menjelaskan bahawa, perjuangan Islam bukan semata-mata untuk kemenangan, perjuangan Islam adalah suatu tarbiyyah oleh Allah. Allah mempunyai masa tertentu untuk memenangkan agamanya. Seorang pejuang agama Allah tidak seharusnya gopoh/tergesa gesa dalam melakukan sesuatu tindakan, kesabaran amat penting dalam perjuangan.

Melihat kepada sejarah orang-orang dulu seperti Imam Bukhori yang begitu tabah berbasikal sejauh berpuluh-puluh kilometer untuk mencari kebenaran hadist atau KH. Ahmad Dahlan dan juga Ust. Rahmat Abdullah yang pulang pergi keluar kota semata-mata memenuhi tuntutan berceramah, namun hanya beberapa orang saja yang hadir dalam ceramah tersebut, namun semangat yang ditunjukkan oleh beliau amat dikagumi oleh kita semua. Jika mau dibandingkan dengan kita, apa sumbangan kita kepada Jamaah, berapa lama kita berjuang dalam agama Allah sehingga kita mahu menuntut kemenagan itu dengan jalan ringkas.
Ashsyahid Sheikh Ahmad Yassin pemimpin Hamas yang telah mati syahid walaupun buta sebelah matanya akibat cedara masa remajanya dan disiksa di dalam penjara sehingga menyebabkan badannya lumpuh, tangannya tidak bisa menulis dan kata-katanya sudah tidak kuat, sudah tidak bisa mengeraskan pentas-pentas pidato/ceramahnya seperti zaman muda tetapi pihak musuh tetap takut dengannya

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudian beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin melarangnya.

Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, rudal dari apache menghantam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.Saksikanlah jasad syahid Sheikh Ahmad Yassin:
.
“ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.


Beliau telah syahid, bagaimana kita?

Sudah seperti apa pengorbanan kita?


baca lanjut syeikh yasin:
http://destinasimu.blogspot.com/2009/03/as-syahid-sheikh-ahmad-yasinjasadmu.html

http://ibumithali.com/tag/sheikh-ahmad-yasin/

Tidak ada komentar: